ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Monday, July 24, 2006

Aiseh aku baru janji nak cuti....

Aksi cubaan Adam untuk mengigit aku, tapi tidak berjaya... Penat rasa badan tapi puas bila kerja kita terlaksana dengan beres tanpa sebarang masalah... biarpun last minit persiapan. Dengan kelam kabutnya. Ini baru meting dgn program menteri. Kau tak dapat bayangkan program PM... Pengsan aku rasa... Sepatutnya aku cuti hari ni. Semalam aku sampai lewat janji dengan Mama & Adam samapai pukul 6 petang tapi drag masa... pasal PC la punyala banyak soalan wartawan tanya Menteri. Leceh! Sampai jer rumah, mesej masuk "Tuan, mesyuarat untuk program PM sepanjang tahun 2006-2007, esok, urgent, perlu hadir TKP chair meting, pukul 2.30 ptg, tempat bilik mesyuarat kita.." Aiseh aku baru janji nak cuti....

Friday, July 21, 2006

Balik Lewat Lagi...

Semalam, macam biasa aku balik lewat lagi... Settlekan kertas kerja yang KP nak bentang dalam mesyuarat dan Kertas Kerja Menteri untuk mesyuarat kabinet minggu depan. Sampai rumah dah lebih pukul 12.00 tgh mlm, tengok mama dah lena, adam apa lagi... Sayu hati... Tak dapat bermanja dengan aku yang masih sibuk. Tambah lagi semalam mesyuarat pengurusan memutuskan program PM di bawah unit aku... Makin sebok ler unit aku yang hanya ada seorang pegawai dan 4 staff. Bila aku cerita kat TKP, TKP jawap unit aku jer yang efiesen kerja yang lain KP takut tak mampu laksanakan. Entah la... Semalam aku kemas baju sebab hari ini aku nak ke Shah Alam ada meting. Tadi pagi ada majlis untuk boss aku yang nak bersara kira hari nih hari akhir dia berkerja...35 tahun mengabdikan diri dengan Jabatan akunih... Aku cukup respek dia..dari dia aku banyak belajar (sampai belajar main golf) sedih tak terkira bila mengenangkan boss aku nih.. Siapalah yang nak ganti boss aku nih...harap-harap kehebatannya sama seperti boss aku yang bersara ni hendaknya...Adam hari isnin nih ayah dapat coti dua hari jer...

Thursday, July 20, 2006

Impian

Menanti sejuta harapan, aku menagih sejuta janji, biarpun matahari masih kelu, bulan masih membisu, langit tidak berkata-kata, lautan semakin sepi, Mata ini makin layu.. suara semakin serak... duhai matahari, duhai bulan, duhai langit, duhai lautan, Khabarkan aku berita gembira... Tiba-tiba... Angin berbisik... "ada kapal impian yang akan berlabuh di pelabuhan sepimu untuk membawa janjimu ke pulau bahagia.." dan aku tersenyum...

Wednesday, July 19, 2006

Kelam kabut

Adam dengan posing daripada atas Semalam, kelam kabut aku kat opis... pagi dah sibuk dengan persiapan mesyuarat kat Shah Alam... mana nak tgk minit mesyuarat, mana dengan Kementerian telepon mintak itu, mintak ini senang cakap mintak macam-macam... tetiba jer aku kena jawap maklum balas post cabinet berkenaan program PM, pergh.. bukan kerja aku... aku ngadu dengan Pegawai Khas KP, bagi tau yang unit aku tidak bertanggung jawap program tuh...Pegawai tuh jawap..Dato' cakap you sorang jer yang tahu hal nih...cessss....apalagi macam biasa klentong a...sib baik KP setuju dengan jawapan aku...kalau dak mampusss... Balik pun lewat sampai umah tgk Adam dah tido... aiseh rindu a...pergi pepagi sebelum dia bangun...balik dia dah tido... Kena mintak cuti nehhh...

Monday, July 17, 2006

Terbang Lagi...

Mama dan Adam tengah berposing maut..ekekeke Semasa aku di Kota Marudu, Sabah, aku dapat telepon dari boss "Rizal, mintak bagi taklimat kat Terengganu 16hb nih..2.30ptg..Exco nak dengar... pasal audit tuh lepas labuan terus awak balik...flight saya dah booked..pergi balik..." jawap aku ok jer la....Semalam aku naik flight pukul 10.45 pagi... balik 9.35 mlm hari tuh juga. Ke Pulau Pinang dengan Perak, aku tangguh dulu sebab program di Shah Alam betul-betul mencabar minda aku... banyak kerja yang tak siap lagi...mama bising, hari ahadpun kerja lagi...tapi bising kat adam jer la...

Friday, July 07, 2006

Jadual aku...

  1. 7.07.06 WPKL
  2. 8.07.06 Raub, Pahang
  3. 9.07.06 Lundu, Sarawak
  4. 10.07.06 Taklimat di KK, Sabah
  5. 12.07.06 Kota Marudu, Sabah
  6. 13.07.06 Labuan
  7. 14.07.06 Mesyuarat UPE, JPM, Putrajaya
  8. 16.07.06 Batu Kurau, Perak
  9. 17.07.06 Pulau Pinang
  10. 20 hingga 23.07.06 Mesyuarat dengan Menteri di Shah Alam
  11. 24.07.06 Sg. Kertas, Selangor
  12. 25.07.06 Jempol, N9
  13. 27.07.06 Wakaf Chagak, Terengganu
  14. 28.07.06 Tumpat, Kelantan
  15. 30.07.06 Padang Terap, Kedah
  16. 31.07.06 Arau, Perlis
  17. 1.08.08 Melaka
  18. 2.08.08 Muar, Jahor

Jadual out station aku yang pada bulan ini...aiseh kecian kat adam tak leh nak bermanja dengan aku..-+

Dah Kerja

adam melahirkan rasa tidak puas hati bila diikat supaya tidak bergerak

Semalam isteri aku mc tak dapat mengajar jadi aku pinjam kereta dia datang pejabat. bukan sebab aku tak mahu pakai kereta aku. Kerana kereta dia dah ada kat luar menghalang kereta aku kat untuk keluar dari banyak kali dok reverse dua kereta baik hayun kereta dia ajer. Semasa kat highway on the way ke opis. handphone aku berdering. "Encik saya dari pentadbiran Parlimen..ermm... YB Dato' Zahid nak jumpa kat lobi pukul 9.15 pagi" Lembutnye suara dier... Aisyeh aku apa lagi terus berdesup gi Parlimen. Selesai jumpa Dato' Satu lagi panggilan telepon ingatkan aku jangan lupa mesyuarat dengan kementerian di Menara PKNS, PJ, pukul 2.30 ptg. Ke PJ pulak... Abes meting kat PJ pukul 7.00 ptg, lepas solat mahgrib aku terus ke opis, siapkan kertas kerja untuk aku present 14 Julai 2006 di UPE, JPM, Putrajaya nanti. Kena siap memandangkan 7 hingga 13 Julai aku kena pergi Sabah, Labuan, Sarawak dan Pahang. Balik ke rumah dekat pukul 11 malam, sebelum sampai dapat call daripada isteri aku... jangan lupa isi minyak penuh balik yer... sampai rumah adam dengan mamanya dah tergolek. Ermm nak wat macam mana dah kerja. frust aku dengan adam bila germany pulak kalah

Tuesday, July 04, 2006

Kenangan lalu...

Adam sedang mencari mangsa untuk digigit...ekekeke

Aku pasti bila aku sebut jer Menara secara tidak langsung budak-budak ITM atau sekarang UiTM tahu di mana lokasi banggunan itu. Begitu juga kalau aku sebut KSPU lama, yang ini mungkin bebudak baru terkebil-kebil tanya di mana lokasinya...cari sendiri beb! Biar aku berterus terang.... Aku budak Mass Comm...jadi termaktub dalam sejarah pengajian aku yang aku perlu ambil tahu tentang Menara yang mempunyai 14 tingkat... School aku kat tingkat 13 dan 12...masa aku pre dip kelas aku banyak di tingkat 10. Memang banyak orang bercerita macam-macam berkenaan bangunan itu....ada yang lucu...ada kisah benar..ada yang mistik.....terutama sekali dengan tingkat 11 dan tingkat 12 akupun tak tahu kenapa? Kisah orang bunuh diri dari tingkat 14 dan paling menarik kisah lab foto aku yang konon ader lembaga perempuan menginap di dalamnya....entah la...betul atau tidak....tapi ni cerita aku di tandas tingkat 13, kalau tak silap aku tandas perempuan....Aku telah diganggu! Kisah bermula semasa aku semester 4 dan kejadian itu betul-betul berlaku pada malam jumaat. Kerana hari khamis malam aku ada kelas Asia Poltik di level 13...Seperti biasa aku dan beberapa rakan ku akan pulang lewat selepas kelas yang berakhir 10.30 malam.... Tapi ternyata malam itu malam celaka buat kami.... Sedang kami berbual didalam tandas tingkat 13 (ala perempaun kan tak der)...sibuk bercerita pasal budak junior disimbah air bandung oleh aku semalam...tiba-tiba Gojem mendengar derap kasut yang pelik.... "Ko dengar tak bunyi tuh" Aku yang sedang bersiul berhenti ... "Bunyi pelik jer...." Sambung Arol. "Ko pergi tengok" Arah ku, tapi rakan-rakan yang lain tetap membatu. Derap kasut tuh berhenti betul-betul pintu tandas. "Ko pernah dengar cerita tak pasal roh budak mati bun uh diri tuh berkeliaran? Cerita orang dia selalu ke tandas nih sebab nak ambil pursenya yang tertinggal..." Cerita Rudy dengan muka yang pucat. "Iskh...takkan hantu pompuan pakai kasut cam lelaki aku tahu tuh kasut kulit lelaki bunyinyer..." Marah Gojem dlm nada paling rendah pernah aku dengar... Aku lihat masing-masing dah pucat..aku apatah lagi, siapa yang nak jumpa hantu. "jangan-jangan hantu..erk!!" Ayat rudy tak habis setelah diketuk oleh Gojem. Suasana makin sunyi, angin makin menderu kuat....kami makin sejuk ditandas...tak bersuara dan berharap siapa yang didepan pintu segera beredar. Kaki Rudy dah mengeletar. Tiba-tiba derap kaki itu mula menjauh dari pintu...Inilah masa yang baik...kami meluru keluar...tekan punat lif dan berdoa agar lif segera terbuka....alhamdulillah memang terbuka ketika ditekan...bila lif itu mula tertutup samar-sammar kami lihat bayang-bayang dan bunyi derap kasut itu seiring ke pintu lif..aku pejam kan mata tak sanggup melihat....sayup-sayup aku dengar suara berbunyi jangan lari ......!!!! dan aku pasti itu suara dekan aku! Lusanya waktu pagi aku dan rakan-rakan aku dipanggil supaya mengadap dekan atas tuduhan membasuh motosikal dlm tandas perempuan. Manalah aku tahu nak kantoi malam tuh kalau tahu dekan ader sumpah aku tak basuh moto dengan member-member aku tangguh hari khamis depan. Ekekeke memang terkejut dekan tengok 2 bijik moto keluar dari tandas masuk lif...ekekeke sib baik dia warning jer wakakaka...janji tak buat lagi utk sem tuh jer a....wakakaka

Selagi belum tutup mata...Kerja...Kerja...Kerja...

Adam dengan rasa bangga menunjukkan kekuatan giginya dikhalayak ramai... Hari ini baru ada kelapangan... itupun atas meja aku banyak surat-surat dengan fail-fail yang perlu aku teliti dan segerakan. Surat suruh pergi kursus la... surat minta laporan... surat panggilan mesyuarat la... tapi mata aku tertumpu pada satu surat minta aku bentang kertas kerja dengan UPE, Jabatan Perdana Menteri... Ini yang paling aku benci kena buat kertas kerja laks tuh ... hampeh... Satu lagi surat dilantik sebagai auditor kena pergi audit mulai 7hb julai hingga 31hb Julai 2006 serata Malaysia. Paling aku tak lupa, minggu lepas aku dapat bertemu dan berbual dengan Saudara Ramlee Awang Murshid, penulis yang aku minati. Aku tak sangka yang dia berkursus sekali dengan aku di Klang baru-baru ini. Kiranya termakbul juga aku untuk bertukar-tukar pendapat dengan beliau dan paling best aku dapat sedikit info tentang novel barunya Cinta Sang Ratu, sambungan novel Bagaikan Puteri. 15 hingga 29 Jun 2006 aku out station. Bila aku balik rindu aku pada Adam terlerai, seronok dapat peluk cium Adam ni... Alhamdullilah Adam tak banyak kerenah... aku tahu Adam sedih sebab Brasil kalah...ekeke tak pa Adam, Jerman masih ada...