ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Friday, July 07, 2006

Dah Kerja

adam melahirkan rasa tidak puas hati bila diikat supaya tidak bergerak

Semalam isteri aku mc tak dapat mengajar jadi aku pinjam kereta dia datang pejabat. bukan sebab aku tak mahu pakai kereta aku. Kerana kereta dia dah ada kat luar menghalang kereta aku kat untuk keluar dari banyak kali dok reverse dua kereta baik hayun kereta dia ajer. Semasa kat highway on the way ke opis. handphone aku berdering. "Encik saya dari pentadbiran Parlimen..ermm... YB Dato' Zahid nak jumpa kat lobi pukul 9.15 pagi" Lembutnye suara dier... Aisyeh aku apa lagi terus berdesup gi Parlimen. Selesai jumpa Dato' Satu lagi panggilan telepon ingatkan aku jangan lupa mesyuarat dengan kementerian di Menara PKNS, PJ, pukul 2.30 ptg. Ke PJ pulak... Abes meting kat PJ pukul 7.00 ptg, lepas solat mahgrib aku terus ke opis, siapkan kertas kerja untuk aku present 14 Julai 2006 di UPE, JPM, Putrajaya nanti. Kena siap memandangkan 7 hingga 13 Julai aku kena pergi Sabah, Labuan, Sarawak dan Pahang. Balik ke rumah dekat pukul 11 malam, sebelum sampai dapat call daripada isteri aku... jangan lupa isi minyak penuh balik yer... sampai rumah adam dengan mamanya dah tergolek. Ermm nak wat macam mana dah kerja. frust aku dengan adam bila germany pulak kalah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home