ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Tuesday, August 22, 2006

Rindu

Minggu nih cuti sekolah. Mama dengan Adam balik kampung. Tinggallah aku kesunyian di sini bertemankan kerja yang berlimpah ruah adanya. Aiseh rindunya...

Wednesday, August 16, 2006

Math dan aku

Bila ada orang hantar email kat aku tentang jawapan math yang melucukan. Teringat aku zaman masa sekolah dulu. Memang aku tak suka dengan math nih. Ada sejarah aku dulu. Math moden pun F9...Bila orang belek sijil SPM aku. Mesti tanya "Ko tak amik math ker?" Jawapan aku senang jer... Setakat soalan Math SPM tak layak aku nak jawap wakakaka... Selalunya jawapan math aku macam kat atas nih ekeke.... moga-moga adam tak macam aku

Sakit Mata

Sakit mata la pulak... So dapat mc... doktor bagi sampai sembuh tapi hari nih aku bedal masuk opis. Ekeke biar semua berjangkit wakakaka... Si Adam dah mula bertatih- seronok aku tengok. Pandai nak bermanja dan makin suka ketawa.

Thursday, August 10, 2006

Kerja

Aiseh, hari nih ayah balik lambat lagi la Adam... Tadi Menteri mintak itu mintak ini, KP mintak itu mintak ini, TKP mintak itu mintak ini, boss mintak itu mintak ini... aiseh banyak kerja hari ini.

Wednesday, August 09, 2006

Selamat Ulang Tahun yang Pertama

rambut yang ikal tuh dah digunting, sekarang sebijik macam askar ekeke Semalam aku ke Batu Kurau, Perak untuk tugasan aku... bertolak dari pejabat pukul 10.00 pagi dan tiba dalam pukul 3 petang, orang kampung sambut aku perghh... macam aku ni Menteri dengan jamuan lawatan sampai naik senak perut aku menghadam jamuan. Bila nak balik siap, manggis, rambutan, durian, asam gelugor, petai selagi boleh sumbat dalam bonet kereta aku... dan aku sampai lewat pukul 2 pagi di rumah... Aku tengok mama dengan adam dah tidur... tiba-tiba aku teringat yang hari jadi adam pada hari ini... tak wish kat dia pun... jadi pagi-pagi tadi aku cium dia aku wish kat dia...dan esok hari jadi mama pulak iskh...hadiah tak beli lagi... ingat nak bagi minyak wangi kat mama... jadi petang nih aku nak balik awal sikit nak cari kek dengan hadiah untuk kedua-dua yang amat aku cintai dan sayangi.

Friday, August 04, 2006

Kalau Kau Milikku Mutlak

Selembut bayu pagi yang menghembus sepoi-sepoi sepi menerjah wajah ini, lembut lagi wajahmu itu ketika merenungku! Secantik sekuntum kelopak mawar merah, cantik lagi kelopak bibirmu yang senantiasa tersenyum mesra pada ku! Seindah mentari sore terbenam di ufuk barat, indah lagi rambutmu yang mengurai disinari bulan purnama! Seputih pantai yang menghadap setia lautan luas di sebuah pulau bahagia, putih lagi hati dan jiwamu! Kalaulah kau bisa mengerti akan hati ini kau pasti kan menangisi kerinduan yang selama ini terpendam di lubuk jiwa.....Kalaulah kau milik ku MUTLAK!

Akan Ku Lakukan

Subur sungguh rumput dan lalang dendam, yang engkau baja dengan darah, yang engkau siram dengan air mata, yang engkau racun dengan tangisan pilu, Gelora sungguh lautan hatimu, yang ributnya menghempas semua nilai nilai kemanusiaan, yang taufannya menidakkan naluri, yang ombaknya menafikan sejuta kasih sayang, wangi sungguh tingkahmu, yang semerbak penuh dengki, yang seharum penuh khianat, yang setangginya penuh tomahan, hatimu keras kawan, dendammu membara kawan, kesumatmu penuh dengan noda kufurdan sendat dengan kekhilaffan. Biar aku cucuh unggun api pada dendammu, biar membakar jiwa raga mu, lantas engkau mengelupur kepanasan....Biarku hanyutkan sabut pada geloramu, biar ia teroleng-oleng memperbudakkanmu, lantas engkau tahu diperbodohkan...Biarku palit najis pada tingkahmu, biarkan ia busuk lantas manusia lain tidak mampu menghampirimu...akan ku lalukan demi sebuah persahabatan!

7 laungan keramat

Sukar Untuk aku menyebut merdeka!Kerana aku khuathir mereka tidak akan dan mahu faham ertinya.Payah untuk aku melaungkan merdeka!Sebab aku bimbang mereka masih lagi dijajah.Susah untuk aku jeritkan merdeka!Bagaimana kalau mereka masih lagiterbuai dengan mimpi-mimpi indah? Bersebab tujuh laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! pada 8.00 pagi di sebuah ibu kota pada sebuah negara merdeka tahun 57 tanggal 31 Ogos itu indah didengar tetapi sukar di kotakan.....

Thursday, August 03, 2006

Gerhana Bulan Seribu Musim

Merenung jutaan bintang berkilauan, bak permata dan intan di angkasa raya, pada gigi-gigi lautan malam pekat, tersedarlah kini akubulan sudah hilang sinarnya, mungkin aku yang terlupa, atau dia yang terleka, kerana menjahit seribu keegoan dan kegagahan silam cerita-cerita sang pelipur lara, yang tidak bertauliah di pelusuk-pelusuk kampung-kampung zaman silam.., Yang tinggal kini hanya sinar gerhananya untuk sekian tahun yangdia sendiri tidak pasti.

Bulan Kemerdekaan...

Sudah masuk bulan kemerdekaan dan makin sebok ler aku nih...cuma tak keluar out station sebab TKP dah bekukan semua out station aku... sebabnya biasala kan aku kena handle program PM nanti... Aku dah dapat boss baru, dulu dia pengarah negeri melaka... tapi aku dah kenal lama...sempoi jugak dia nih. Aku tak kisah dengan siapa aku kerja... Unit aku bertambah 3 orang lagi. Alhamdullillah ringan rasanya beban. Semalam aku cuti emergency, adam cirit birit...tak tido sekali dengan aku la... menangis kecian aku tgk dia...pepagi lagi aku ke klinik hantar dia... moga-moga sempat sembuh