ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Monday, October 17, 2011

Bila Sang Perba Bercerita: Anehkan!

Bila Sang Perba Bercerita: Anehkan!: Cinta kepada Negara Satu Cinta yang Indah! Tangisan selalunya simbolik kepada penyesalan yang amat. Bagi Wanita ia satu senjata tapi b...

Sunday, October 16, 2011

Kepten Macam Gerrard!

Impian Adam mahu jadi Kepten Liverpool macam Gerrard


"Ayah...kesian dekat 'cunited'kan?(maksud Adam Manchester United)."
"Kenapa?" Aku agak hairan,  Mata masih tertancap kemas dan masih terkenang bagaimana cubaan Henderson diselamatkan oleh penjaga gol Man U.
"Adam tengok susah 'Cunited' tu nak jaga Suarez dengan kepten Gerrard..."  Memang aku akui Man U terkial-kial mencari rentak dalam perlawanan itu.  Apa yang aku terkejut sekali adalah penguasaan Liverpool di bahagian tengah.  Cuma yang malang sekadar seri di Anfield.  Tapi tidak kisah kerana Anfield masih kebal untuk Man U dan perlu diingat status mereka sebagai pendahulu liga tetap robek di tangan Liverpool.
"Ayah!"
"Ye sayang....nak apa?"
"Suruh la Liverpool ambil Messi"  Dan ayah tepuk dahi.  Aduyai anakku.  Kau ingat bapak kau ni owner liverpool ke?
"Ayah..."
"Ye apa lagi?"
"Adam dah tak nak jadi Cikgu la..."
"Apasal pulak?"
"Adam nak jadi kepten pulak..."
"Macam tok wan ke?"  Tanya aku pada Adam.
"Bukan...Bukan... Kepten macam Gerrard!"  Dan aku terkedu!












Labels:

Friday, October 14, 2011

Sang Perba: Berkira-kira Dengan SBPA

Sang Perba: Berkira-kira Dengan SBPA:  Ahmad Azril Adam...Tahun depan dah masuk darjah 1  Wow! Satu rekod yang amat panjang untuk aku. Mana tidaknya hampir dekat dua ...

Wednesday, June 20, 2007

Tok Su Bahagian 2

Agak lama aku menyepikan diri dari menulis dalam blog ini. Bukan merajuk tetapi sebenarnya aku terlalu sibuk dengan tugas-tugas semasa. Lagipun aku juga sibuk menulis. Aku sedang berjinak menulis novel. Kalau ikut perancangan sepatutnya dan siap manuskrip awal tapi tertangguh disebabkan kesibukkan yang amat. Sekarang baru ada kelapangan sedikit. Untuk itu aku akan tunaikan janji untuk mengakhir cerita Tok Su ini.... Sambungan... Malam kian larut. Hujan seolah-olah tidak mahu henti berguguran dari langit. Suasana semakin dingin dan sepi. Seperti yang dijanjikan pak imam memulakan bacaan yassin manakala yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi. Rumah Tok Su yang betul-betul di lembah kampung itu sedang dinaiki air. Mereka yang di dalam tidak sedar akan perkara ini. Guruh pula tidak malu-malu menghambur kemarahannya malam itu. Dalam kegelapan malam dan suasana itu tiba-tiba dari hujung mata Tok imam itu dia terlihat pergerakan mayat yang ditutup dengan kain batik jawa. Bacaannya terhenti. Ahh tak mungkin. Sekadar ilusi bisiknya. Baru hendak dia meneruskan bacaan secara tiba-tiba tangan mayat tadi tidak semena-mena memengang lututnya. Dalam terkejut Tok imam tenang. Dia meletakkan kembali tangan mayat itu ke dalam kain batik yang menutup mayat tadi. Dia bingkas bangun. Ini tak boleh jadi, besar sungguh dugaan. Segera dia mengejutkan Tok Bilal. Dia meyuruh Tok bilal bangun sebab masa untuk mengaantikan tempatnya membaca yassin. Terkebil-kebil orang tua itu bangun. " Aku nak pergi ambil air sembahyang dulu.." Kata Tok Bilal. Pak Imam hanya mengangguk. Dia tidak bercerita tentang kejadian tadi. Bila Tok Bilal ke bilik air segera dia mengejutkan anaknya. "Jom balik.." Bisiknya. "habis yang lain?" Tanya anaknya. " Aku kata balik..balik la..." Tegas Tok Imam dalam berbisik. Anaknya segera mengikut bapa di muka pintu. Bila mereka mencecah di tanah air sudah naik ke pangkal peha. Sebaik sahaja Pak Bilal kembali ke ruang tamu dia melihat mayat dah hilang! Kelibat Tok Imam dengan anak juga tidak kelihatan. Apa lagi buka langkah seribu. Pintu terkopak diterjah Tok Bilal kerana terkejut bunyi bising Ketua kampung terjaga. Bila dia melihat Tok Bilal terjun ke tanah dari atas rumah dia secara tiba-tiba menjerit memanggil Tok Bilal. Tambah terkejut bila dia lihat mayat dah tiada. Entah kenapa tiba-tiab dia mendonggak ke atas dan alangkah terkejutnya bila dia melihat mayat tadi sedang memerhatikanya dari alang rumah. Seperti Tok bilal dia terus terjun dari rumah. Rupanya air dah naik ke takat pinggang. Ketua kampung terlupa sahabatnya Tok Siak di atas rumah. Kesudahan cerita: Tok Imam dikritik hebat kerana lagi meninggalkan kawan-kawannya. Tok Bilal telah dilantik menjadi Tok Imam kerana orang kampung hilang kepercayaan dengannya. Ketua kampung memwariskan cerita ini hingga ke anak cucu dan dia semakin popular selepas kejadian ini dan hampir-hampir menjadi wakil rakyat. Anak Tok Imam sampai hari ini tak percaya dengan cerita ini. Tok Siak demam panas selepas kejadiaan ini dan tidak bercakap dengan Ketua Kampung, Tok Bilal selama setahun lebih. Mayat Ayah Tok Su ditemui oleh orang kampung dalam keadaan berdakap dengan Tok Siak!

Tuesday, June 19, 2007

gambar-gambar adam

gambar adam yang tak terkini ekeke....

Saturday, March 10, 2007

Insan Soleh

Gambar ni diambil hujung tahun lepas. Adam mencuba ketayap sepupunya Irfan. Tasbih tu, adik ipar aku yang letakkan. Tu la nasib jadi budak-budak ni kan...heheh

Friday, March 09, 2007

Makin Sibuk

Dah agak lama aku tak up date blog ni... Adam dah pandai merengek nak ikut mana aku keluar. lagi satu dia dah pandai nak tengok game EPL terutama liverpool dengan aku. Baru-baru ni aku beli dia jersi liverpool dan real madrid utnuk adam. Seronok aku tgk bila dia pakai. Ermmm... kadan-kadang rasa terkilan sebab tak dapat bermesra dengan adam. Mana taknya asyik out station memanjang. Apakan daya sudah kehendak kerja aku begini