ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Monday, January 08, 2007

Tahun Baru Yang Sibuk

Ahad lepas baru ada masa untuk bawa si Adam cucuk untuk umur setahun, doktor bising sebab adam dah setahun lima bulan. bukannya aku tak tahu cuma aku terlalu sibuk dan terlupa. Tapi yang bagusnya adam langsung tak menangis kena cucuk. Boleh katakan bila cucuk imunisasi sejak dari kecil seingat aku dia tak pernah menangis. Gagah sungguh si Adam, kalau aku alamak tunjuk jarum pun dah gelabah. Januari ini bertambah sibuk. Sibuk dengan kerja di opis, 11 hb sampai ke 14 hb akau kena pergi ke Pulau Pinang ada mesyuarat di sana. Balik ke prepare paper work pulak. 22 hb hingga 24 hb kena ke Perak untuk progran dengan Pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Brunei lepas itu terbang ke Langkawi dari 25 hb hingga ke 27 hb pulak. Iskh tadi boss dah bisik kena pergi ke Sabah bulan Februari nih nanti.

1 Comments:

At 8:46 AM, Blogger ZaKiN said...

huhuhu.. susahnya nak komen kat sini.. test lagi.. muahhahha.. suka baca kisah adam nih.. teringat masa kecik2..

 

Post a Comment

<< Home