ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Friday, September 22, 2006

Adam Demam

Pagi tadi aku masuk lambat opis. Aku hantar adam ke klinik dulu sebab badan dia panas. Soktor kata memang adam demam dan yang menghairankan si adam nih tetap aktif macam tak demam tuh yang doktor konpius tuh... Lepas hantar ke klinik baru aku masuk opis. Rupanya Datuk TKP ada hal nak jumpa aku. Tapi tak dapat jumpa sebab bila aku dah sampai dia dah ke mesyuarat. Ingat nak balik awal tengok adam, takut-takut demam dia melarat pulak. Minggu depan dah sah berpuasa. Nampak gaya aku kena sediakan bekal kurma dengan air mineral dalam kereta. Memang sah berbuka atas jalan sebab jalan jem. Nak buat macam mana dah terpaksa.

Wednesday, September 20, 2006

Ramadhan

Agak lama jugak aku tak menulis kat blog nih... Seperti biasa, sebok yang amat sahaja jawapan yang paling tepat alasannya. Adam dah fasih berjalan. Yang paling nak tergelak dah boleh hentak kaki ala kawad. Entah mana dia belajar aku pun tak tahu. Bila aku sebut jer kiri, kanan, kiri, kanan dia terus hentak kaki....ekekeke....Dialah penghibur hati aku. Bila balik rumah dari pejabat tengok adam rasa lembut hati. Kerja sekarang dah makin kurang out station harap-harap masa bulan ramadhan nih dapat aku berbuka dan berterawih dengan sempurna hendaknya. Amin (maksud aku sempurna bersama keluarga) tiada program-program yang menhendakkan aku keluar. Tadi masa mesyuarat aku kena tegur dengan boss aku yang bilik aku berselerak tak macam pegawai...aku gelak jer. Dah sibuk boss nak buat macam mana... TKP aku baru dapat Datuk, senyum jer bila aku tegur Selamat Pagi Datuk...dia jawap iskh panggil boss lagi mesra. Bila dah tak keluar banyak kerja opis pulak menimbun, mana nak buat SKT jabatan untuk tahun depan siap dengan peruntukkan kewangan, mana nak buat strategic planing untuk tahun depan, surat itu-surat ini, semalam baru habis fuction dengan comittee Asean pergh penah sih...dua hari ulang alik rumah- angkasapuri, masa yang sama menteri nak jumpa di Parlimen. harap-harap ramadhan ini menyuburkan muhasabah diri aku ini.