ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Tuesday, November 21, 2006

Exam dan Hari Raya

Hari ni ada exam....tah apa yang aku jawap aku tak tahu..blurrrr....

Monday, November 20, 2006

Butang Baju Melayu...

Cuti sabtu dan ahad semalam, jiran sebelah rumah aku buat open house, biasala dah jiran kena la tolong apa patut. Jadi pelayan sesambil makan. Si Adam pulak jenuh tanak berenggang dengan aku. Mana aku pergi nak ikut jer. Esok pulak open house Jabatan aku. Dan paling tak patut diorang suruh aku jadi penyambut tetamu. VVIP laks tuh diorang suruh sambut. Sah-sah kena pakai baju melayu. Ni yang den lomah ni wey. Aku kalau pakai baju melayu selalu teringat jinjang pelamin. Kenapa aku tak tahu... Malam nih mesti keluar dialog... " Sayanggggg... butang baju melayu abang manaaa???.." Ekekeke... Kena balik awal nih mama tepon dia cakap demam!

Thursday, November 16, 2006

Aku dan Kawan-Kawan

Aku sebenarnya baru masuk pejabat setelah hampir 4 hari di Kuala Nerang. Bila balik rumah bukan main manjanya si Adam dengan aku, mandi nak aku mandikan, makan nak aku suapkan, tidur nak aku dodoikan. Ermmm layan je la. jangan sampai terlebih manja sudah. Nanti susah. Dan aku pastikna supaya Adam tetap menyokong Liverpool. Hari Isnin baru-baru ini ada perjumpaan dengan kawan-kawan lama aku kat IPT. Macam-macam cerita silam terkeluar. Alangkah indahnya zaman itu. Bila terkenang zaman lampau iskh.. teringat masa bujang-bujang dulu pergi open house member aku yang kakak dia senior aku masa zaman sekolah menengah. kakak dia terkejut tengok aku, "Isk ko masuk 'U' ker?" tanya dia kat aku depan member aku. Aku sengih jer. Lepas tuh member aku terkejut ler... Dia tanya kakak dia kenapa tanya macam tuh. kakak dia jawap "Kalau nak tahu kawan kau ni lah raja segala setan kat sekolah!". Balik dari open house member aku, terfikir aku, jahat sangat ke aku masa sekolah dulu. nak jadi cerita masa aku kerja kat JPM dulu. Ada satu Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan aku. Aku terjumpa seorang senior (perempuan) sekolah aku. Dia perserta konvensyen tersebut dan aku dapat tahu dia salah seorang pensyarah di sebuah IPT terkenal di Lembah Kelang. Dia terkejut jumpa aku. Dia tanya aku kerja mana, aku jawab kerja biasa-biasa sahaja. Dan paling dia terkejut bila aku membentangkan kertas kerja dalam konvensyen tersebut. Terkocoh-kocoh lepas itu cari aku. Dia memang tak sangka. Dia ingatkan aku kerani biasa sahaja datang untuk membantu urus setia. Aku sekadar tersenyum sendiri. Bila dikenangkan kembali zaman IPT dulu ramai kawan-kawan aku dah berjaya. Ramai juga datang ke open house member aku kat Damansara. Pak Non dah jadi akaun manager, Akim dah jadi penerbit di sebuah agensi kerajaan, Aroll sebagai PRO di sebuah agensi kerajaan, Mus dah jadi senior exec di sebuah institusi perbankan, Ayau wartawan TV3, Rudy dan Ali di Harian Metro, Joe di Berita Harian, Kupem senior exec di sebuah anak syarikat TM, Daus dah jadi managing director di sebuah Advertising Firm, Khidirah Naemah dah jadi penerbit pagi di ERA bila di hitung-hitung ramai dah kawan-kawan aku dah berjaya. Macam yang lain Zul, Nana, Nasir dan ramai lagi kawan-kawan aku yang tak sempat tulis sudah menempa nama dalam bidang masing-masing. Cuma aku tak sempat nak jumpa mereka bersembang tentang masa silam yang membentuk kami tabah menghadapi hari ini.

Wednesday, November 08, 2006

Kerja Lepas Syawal

Hari Raya aku tak ke mana sebenarnya... 1 Syawal dapat anak saudara baru, adik aku bersalin dapat anak perempuan, jenuh aku tunggu dari pukul 1.30 pagi masuk labour room lastly 10.30 pagi operate laks... Kesian, janji selamat. Nama Sharifah Nuraina Sufiah bt Tuan Khairuddin. 1 Syawal jugak Adam kena demam campak. Kesian jugak tapi yang aku pelik Adam nih walau kena demam campak tapi aktif. Selalunya budak mesti menangis, tak larat dan merengek. Tok dengan Tok Wan naik pelik. Tapi sebab itu jugak aku tak ke mana-mana (plus malas lagi). 3 Syawal balik ke Taiping. Hari Ahad bertolak balik ke Nilai. Sebab Mood raya masih ada, aku belasah lagi cuti tambah seminggu... Ekeke... Semalam meting, hari nih meting esok nak ke Kedah (Kuala Nerang) sampai hari Ahad. Balik nak prepare exam 20,21 dan 22 November nih lepas itu ke Kedah 25 hb November ada program Menteri kat sana. Kena prepare jadual lawatan Dato' KP ke Sarawak pastu mesyuarat Menteri kat Pulau Pinang. Aiseh banyaknyer kerja aku lepas Syawal nih.