ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Tuesday, May 30, 2006

Sebenarnya; untuk mama dan adam

Sebenarnya kerinduan ini makin hebat, sebenarnya cinta ini makin membuak, sebenarnya aku makin kasih, sebenarnya aku makin sayang, kadang-kadang sukar untuk lidah ini luahkan, kerana segenap penjuru terasa terkunci, tapi yakinilah setiap masa, setiap detik, setiap waktu, kasih dan cinta ini hanya tertumpah padamu!

Wednesday, May 17, 2006

Adam dan Tok Yah

Ni gambar diambil masa adam 4 bulan sebelum masuk ke dalam zoo taiping bersama dengan neneknya. Gambar ni mama adam yang ambil. Aku kerja cesss! tak patut betul plan gi zoo taiping tak ajak aku.

Sebenarnya masa nih kalau tak silap aku, aku baru bertukar dari kuantan ke Kuala Lumpur, tukar kerja tapi jawatan tetap sama. Sudah arahan aku terima jer... lagipun bagus juga bertukar angin!

Jelingan

Nih muka dia yang tidak puas hati sebab aku pakaikan seluar kat kepala dia buat macam topi. Bukan adam jer tak puas hati sekali dengan mama dia jugak. Akibat jenuh dikatakan aku kejam dengan anak.

Dok belek tisu...

Masa aku dan isteri makan di sebuah restoran di Kuantan Parade... Kena bagi benda dia main kalau tak mengigit kerusi la jawabnya.

Gelak Sakan

Nih gambar adam menunjukkan gigi nya... Sekarang kuat menggigit adam nih. Mangsanya siapa lagi mamanya lah. Yang aku hairankan, kalau dengan aku tak nak pula dia menggigit. Mungkin dia sayang kat aku lebih kut. ekekekeke.