Gerhana Bulan Seribu Musim
Merenung jutaan bintang berkilauan,
bak permata dan intan di angkasa raya,
pada gigi-gigi lautan malam pekat,
tersedarlah kini akubulan sudah hilang sinarnya,
mungkin aku yang terlupa,
atau dia yang terleka,
kerana menjahit seribu keegoan
dan kegagahan silam cerita-cerita sang pelipur lara,
yang tidak bertauliah di pelusuk-pelusuk kampung-kampung zaman silam..,
Yang tinggal kini hanya sinar gerhananya untuk sekian tahun yangdia sendiri tidak pasti.


1 Comments:
Very cool design! Useful information. Go on!
auto insurance rate quote
Post a Comment
<< Home