ahmad azril adam

Puteraku... Percayalah kasih sayang ini tidak berbelah bagi untukmu...

Wednesday, November 08, 2006

Kerja Lepas Syawal

Hari Raya aku tak ke mana sebenarnya... 1 Syawal dapat anak saudara baru, adik aku bersalin dapat anak perempuan, jenuh aku tunggu dari pukul 1.30 pagi masuk labour room lastly 10.30 pagi operate laks... Kesian, janji selamat. Nama Sharifah Nuraina Sufiah bt Tuan Khairuddin. 1 Syawal jugak Adam kena demam campak. Kesian jugak tapi yang aku pelik Adam nih walau kena demam campak tapi aktif. Selalunya budak mesti menangis, tak larat dan merengek. Tok dengan Tok Wan naik pelik. Tapi sebab itu jugak aku tak ke mana-mana (plus malas lagi). 3 Syawal balik ke Taiping. Hari Ahad bertolak balik ke Nilai. Sebab Mood raya masih ada, aku belasah lagi cuti tambah seminggu... Ekeke... Semalam meting, hari nih meting esok nak ke Kedah (Kuala Nerang) sampai hari Ahad. Balik nak prepare exam 20,21 dan 22 November nih lepas itu ke Kedah 25 hb November ada program Menteri kat sana. Kena prepare jadual lawatan Dato' KP ke Sarawak pastu mesyuarat Menteri kat Pulau Pinang. Aiseh banyaknyer kerja aku lepas Syawal nih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home